Thursday, October 28, 2010

GURINDAM BAHASA KITA

Bahasa Melayu bahasa ibunda
jadi pertuturan di Nusantara.


Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
telah termaktub dalam perlembagaan.


Bahasa kita ayuh daulatkan
biar betul kita gunakan.


Bahasa baku dipertuturkan
lemah lembut lagi bersopan.


Cuba elak bahasa pasar
bunyi dan rentak tak sedap didengar.


Betul nahu dan juga ejaan
perkara utama dalam penulisan.


Jangan ejaan kita ringkaskan
sampai ia jadi pencemaran.


Bahasa SMS kita namakan
sehingga sakit pada pandangan.


Daulatkan bahasa tanggungjwab kita
seluruh rakyat dan warganegara.


Agar kekal sepanjang zaman
ayuhlah sama-sama kita daulatkan


Ini gurindam bahasa kita
sesudah dibaca bertindak segera.




-As Syrami-
dewan bahasa oktober 2010

Monday, October 18, 2010

LiHatLah DuNia...BuKA mAta panDANG kE lUar sAna...(percubaan kpd permulaan)

Apa yang anda nampak d luar sana??? 

Apa yang anda rasakan bila???

muda-mudi dengan dunianya, manusia berhati binatang yang tidak sudah2 melahirkan dan membuang bayi merata-rata ibarat buah tanpa pohonnya,gejala sosial yang tiada bernoktah semakin menghamburkan lavanya...
jika diikutkan banyak lagi boleh disenaraikan ....tp 'Lu pikirlah sendiri'....maaf.







"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana d darat & d laut dgn apa yg telah dilakukan oleh tgn mnusia (timbulnya yg demikian) krna Allah hndak merasakan mereka sebahagian drpd balasan prbuatan2 buruk yg telah dilakukan spy mereka kmbali insaf dan bertaubat"  ~Ar-Rum (14)~

Nak tau sebab apa semua masalah ini terjadi???

sebab benda ini tak akan berhenti selagi kita (manusia) x yakin dgn adanya HaRI pEmbalasaN...yaumul khiamah.. Tak guna jugak mmberi hukuman yg x mngikut syarak kalau tak ada panduan mengikut hukum2 Allah..Kita manusia yg tak habih2 buat dosa ni yang xtau adanya dosa pahala dah jelas (sudah terang lg bersuluh) tak yakin dgn adanya syurga dan neraka...Mungkin ingt akan terlepas hukuman dunia barangkali tp x sedar sekarang Allah dah bayar tunai...saya tujukan untuk diri sy jugak...sy sedar kita manusia xda yang sempurna..smua pernah melakukan dosa...

Sejujurnya jugak,takut bila dipikir2kan balik dah bertimbun2 dosa ni mintak penyucian....ingatn buat diri sendri jugak,ya allah....takutnya...ampunkanlah dosa2ku ya allah...kenapa begitu liat nak bertaubat...???kita sllu lupakan Dia...padahal xsedar Dia maha mengetahui....ckp ja nak taubat,tp hampehh....malu,hina dan kerdil rasa bila janji x ditepati..bila diri tak dapat mengawal dr hasutan syaitan.... hindarkanlah...
Na'uzubillahi minzalik...tepuk dada tanya iman!!






Ayuh sahabat2 seperjuangan!!! marilah kita sama-sama buat perubahan......marilah kita mengorak langkah lakukan 1 anjakan...saya sayang sahabat semua,saya nak jadi baik tp saya xnak jadi baik sorg2..jomlah kita berganding bahu berpegangan tangan,bersama realisasikan impian..moga dapat keredaan tuhan,beroleh secebis kemanisan iman..bersama2 baiki kelemahan,yang keruh disingkir,yang jernih diambil..yg buruk jadikan sempadan,yg baik jadikan teladan...










Di kala malam keheningan
Tinggal aku keseorangan 
Memintal buih-buih kenangan
juga merenung masa hadapan
Ku layan kesedihan dalam hati
yang menuntut sebuah janji
sudah dipatri tidak ditepati
alangkah hinanya diri...
ya allah ampunkanlah diri ini...


~wanie_salwanie~
~2.06 pagi~