KALAM PEMULA
ALLAH'S LOVE
BICARA HIKMAH
Monday, July 18, 2011
PONDOK MENJADI BANGSAL,BANGSAL ADA DI HUJUNG DESA,USUL MENUNJUKKAN ASAL..BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA...
Asal perkataan Allah dan maksudnya...
Al-ALUSI dalam Ruh al-Ma'ani berkata: "Asalnya dari I'lali ialah ilah seperti dalam al-Sihah ataual-Ilalah seperti dalam al-Kasyaf yang kedua-duanya mempunyai hujah."
Al-'Allamah al-Sa'd berkata: "Sesungguhnya Tuhan atau ilah adalah nama yang difahami secara kulli yang disembah dengan sebenarnya sedangkan Allah adalah ism alam bagi zat-Nya."
Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Usul al-Iman wa al-Islam berkata: "Allah bermaksud bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala makhluk-Nya dan bahawa dia tidak berlaku kecuali mengikut kehendak-Nya. Dan bahawa Dia Maha Menguasai dan Maha Perkasa yang tidak boleh dikalahkan dan bahawa Dia Maha Berkuasa yang tidak boleh dilawan dan di atasi dan tidak
sah taklif kecuali daripadanya."
Ulama tauhid berkata: "Allah adalah ism alam (nama khas) kepada zat yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT sedangkan makhluk ialah sifat yang mungkin ada dan dia adalah selain daripada Allah SWT."
Allah adalah ism alam yang menunjukkan atas zat di mana semua nama Allah yang mulia terhimpun pada Allah. Allah ialah nama-Nya Yang Maha Agung.
Al-Khazin dalam tafsirnya berkata: "Allah adalah nama khas bagi Allah yang bersifat Tunggal dan Esa, tiada musytaq (terbitan) dan tidak disekutukan oleh sesuatu."
Dalam Tafsir Hadaiq al-Rauh al-Raihan menyebut: "Allah maknanya yang berhak diibadat,
tidak kepada yang lain."
Konteks Bahasa Melayu
Prof. Syed Mohd Naquib al-Attas menyebut: "Bahasa membayangkan hakikat kewujudan. Menyeludupkan faham-faham kunci yang asing pada sesuatu bahasa melibatkan bukan semata-mata menterjemahkan kata-kata, bahkan lebih mendalam kesannya, ia juga melibatkan penterjemahan rupa cipta perlambangan yang dimiliki oleh sistem besar pandangan alam asing yang tiada bersesuaian dengan pandangan alam yang ditayangkan oleh bahasa yang ke dalamnya faham-faham itu diseludupkan."
Bahasa Melayu merujuk kepada bangsa Melayu. Rumpun bangsa Melayu adalah sinonim dengan agama Islam. Berdasarkan kepada bukti sejarah dan artifak jelas menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah menerima Islam sejak abad ke-7, 8 dan 9. Ini terbukti dengan penemuan
Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 22 Februari 1303M.
Pemerintahan Islam bermula di Tanah Melayu dengan tertegaknya Kesultanan Melayu Melaka
pada 1414M yang menjadikan Islam sebagai agama negara.
Begitu juga seperti yang diketahui umum berdasarkan fakta sejarah bahawa perundangan di Tanah Melayu sebelum kolonial juga berasaskan Islam seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang 99.
Pengaruh Islam di Tanah Melayu juga membawa masuk kalimah-kalimah Arab ke dalam bahasa Melayu. Istilah-istilah Arab digunakan dengan meluas dalam bahasa Melayu seperti nama-nama hari dan lain-lain. Tulisan jawi juga sebagai lambang pengaruh Islam yang kuat kepada umat Melayu.
Bahasa Melayu itu juga lahir daripada rahim agama Islam. Perlembagaan dalam perkara 160 (2) menetapkan orang Melayu mestilah beragama Islam. Oleh itu, kerana kalimah Allah adalah istilah yang telah diserap dalam Bahasa Melayu maka ia hendaklah difahami mengikut bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam.
Dengan sebab itu ia membuka ruang agama lain menggunakan kalimah 'Allah' akan mengubah maksud asal kalimah 'Allah' menurut bahasa Melayu.
Justeru, jika dibenarkan Kristian menggunakan kalimah 'Allah' maka makna asal 'Allah' dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (iaitu Tuhan Yang Maha Esa) terpaksa ditukar kepada Tuhan Yesus/ Tuhan Berhala/ Tuhan Bapa/ Tiga Tuhan Bersatu (Triniti). Tidakkah ini mencelarukan?
Perkataan ahad adalah sama dengan wahid yang memberi maksud ke-Esaan. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Abu Ubaidah, sedangkan sebahagian ulama membezakannya.
Abu Sulaiman al-Khattabi berkata: "Wahid menunjukkan ke-Esaan pada zat tanpa sebarang tandingan, sedangkan ahad pula bersifat tunggal dengan maknanya tanpa disekutukan oleh seseorang."
Sayid Qutub berkata: "Itulah hakikat ke-Esaan kewujudan Allah SWT. Di sana tiada hakikat melainkan hakikat Allah SWT. Tiada kewujudan hakiki melainkan kewujudan Allah SWT. Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka dan kewujudan Allah SWT yang hakiki."
Ia juga merupakan hakikat ke-Esaan Pencipta yang tiada tandingannya. Itulah akidah hati nurani dan itulah juga pentafsiran bagi kewujudan alam. Apabila pentafsiran ini mantap dalam hati dan kefahaman ini jelas dan terang maka bersihlah hati dari segala kepercayaan yang karut dan dari segala pergantungan dengan yang lain dari zat Allah SWT.
Iaitu hati bersih daripada pergantungan dengan sesuatu yang lain. Justeru, tiada hakikat bagi sesuatu kewujudan kecuali kewujudan Ilahi dan tiada hakikat bagi sesuatu kuasa pencipta kecuali iradat ilahiah sahaja. Tiada ertinya bergantung dengan sesuatu yang tidak mempunyai sebarang hakikat bagi kewujudannya dan sebarang hakikat bagi kuasa pencipta-Nya.
Bagi siapa yang ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk buku Keabsahan Penggunaan Nama Allah SWT Hanya Untuk Orang Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Apabila hati telah bersih dari segala perasaan terhadap yang lain dari hakikat Allah yang tunggal dan bersih dari pergantungan kepada yang lain dan hakikat Allah, maka ketika itu ia akan bebas dari segala belenggu dan ikatan, keinginan nafsu yang menjadi punca segala perkara buruk.
Apabila mantapnya kefahaman ini maka di tahap inilah hati seseorang akan melihat kudrat
Allah SWT menguasai segala sesuatu yang dilihatnya.
Sumber dari Arkib 15 julai 2011/utusan online...
Sunday, July 17, 2011
ADA APA DENGAN SYAABAN??
Assalamualaikum....bertemu kmbali dlm entri kali ni yg mnceritakan kebaikan Syaaban plak...entri lepas dah bulan Rejab..kini Syaaban pula mengambil giliran...Hari ni ialah Nisfu Syaaban...17 Julai 2001 bersamaan 15 Syaaban 1432 H....
Alhamdulillah dirasakan betapa beruntungnya sy hari ni...nak tau sebab apa?? Hari ni hari lahir sy...bukan sllu boleh berkongsi hari lahir dgn pristiwa istimewa seperti ini...jadi ku panjatkan syukur kepada Ilahi...Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan ini...maka bertukarlah buku amalan kita dengan hadirnya Nisfu Syaaban ni...
Jadi....ADA APA DENGAN SYAABAN???... selalunya org bertanya...ADA APA DENGAN CINTA???jadi kita tukarr skit..asyik cinta ja....boringg ...!!
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Antara amalan-amalan di bulan Syaaban...
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Puasa Sunat di bulan Syaaban
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)
Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat
Sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)
Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)
SUMBER DARI BERNAMA :WAWA...
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MANFAATNYA......
Monday, June 13, 2011
APA ISTIMEWANYA REJAB???
REJAB tiba lagi...jadi moh le kita sama2 ambik kesempatan yang masih ada ni untuk sama2 mendapat manfaatnya.
APA ADA DENGAN REJAB??
Rejab adalah bulan ketujuh dalam klendar Islam. Rejab-bermksud takzim (kebesaran,keagungan,kemuliaan). Dalam bulan Rejab ni ada pristiwa bersejarah tau x....nak tau pristiwa apa?? Jom check it out...
Dlam bulan ni berlakunya perang Tabuk,pembebasan Al-Aqsa drpd tgn tentera Salib dan ada pndapat kata bulan ni lah berlakunya pristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad..sebab tu lah Rejab sbg bulan mulia. Jadi sewajarnya umat Islam ambik kesempatan ni utk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab.
Amalan trbaiknya ialah berpuasa.Mksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa Rejab ialah :
Posa 1 hri-sprti posa 40 thun n dapat keredaan Allah juga syurga trtinggi.
Posa 2 hri-mndpat kemuliaan bsar drpd Allah n dilipat gandakan pahalanya.
Posa 3 hri-dijauhkan dugaan dunia oleh Allah,dijadikan sbuah parit pnjang yg menghalangnya ke neraka.
Posa 4 hri-diselamatkan drpd siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Posa 5 hri-aman dr azab kubur.
Posa 6 hri-dibangkitkan dr kubur dgn muka bercahaya.
Posa 7 hri-Allah mengunci tjuh pntu neraka jahanam bginya.
Posa 8 hri-Allah mmbuka 8 pintu syurga bginya.
Posa 9 hri- keluar dr kuburnya lalu menyeru LAAILAHAILLALLAH dan tidak ditolak dia dr memasuki syurga.
Posa 10 hri-Allah memperkenankan semua prmintaan dan hajatnya,dijadikan hamparan prhentian di titian Siratul Mustaqim.
Posa 13 hri-Saidina Ali berkata bhawa fadilatnya sprti posa 10 000 thun.
Posa 15 hri-Allah mengampunkan smua dosanya yg lalu d samping menggantikan amalan kejahatan dgn amalan kebaikan. Saidina Ali brkata bhwa fadilatnya sprti posa 100 000 thun.
Posa 16 hri- dapat melihat wajah Allah dlm syurga n org pertama mnziarahi Allah dalam syurga.
Posa 19 hri- dibina sbuah mahligai d hadapan mhligai Nabi Ibrahim n Nabi Adam.
Posa 20 hri- Allah mengampunkan sgala dosa lalu dan melakukan amalan baik dgn baki umurnya.
Selain tu jgak,
- Sesiapa berpuasa 3 hri dlm bulan ni dan bribadat pd malamnya spt dia brpuasa 3000 thun,diampunkan bginya 70 dosa bsar stiap hri,ditunaikan 70 hajat ktika kluar nyawa dr jasadnya.70 hajat ktika dalam kuburnya,70 hajat ktika trbang suhuf(ktika Al-quran dinaikkan ke langit),70 hajat ktika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ktika melalui titian Sirat.
-Berpuasa pd 27 Rejab (hri Israk Mikraj) spt berpuasa 60 bulan pahalanya,jika dsertai sedekah umpama puasa 1000 thun.
- Dapat minum air sg yg dinamakan Rejab dgn airnya lbih putih drpd susu,lbih mnis drpd mnisan n lbih singin drpd salji.
- Setiap umat yg berpuasa pd Rejab spt mngerjakan ibadah seumur hidupnya. tmbahan bersedekah spt beribadah 1000 kali haji dan umrah. Dibina mahligai dgn 1000 bilik dan 1000 bidadari,lbih cntik drpd mtahari 1000 kali.
- Sedekah pd Rejab spt bersedekah 1000 dinar,dituliskan kpd tiap helai bulu roma 1000 kebajikan,diangkat 1000 drjat dan dihapuskan 1000 kejahatan srta dijauhkan drpd api neraka
KELEBIHAN LAIN PD BULAN REJAB :
- Dalam bulan lain Allah mmbalas amalan umat-Nya 10 kali tp dalam Rejab, Allah akan mmbalas 70 kali
-Rejab bulan Allah,Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan Rasulullah
-Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulai menuai.
-Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati,Ramadan menyucikan roh
-Rejab bulan maghfirah(keampunan), Syaaban bulan syafaat,Ramadan menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat,Syaaban bulan muhibah,manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yg banyak
-Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala,Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala
BEBERAPA AMALAN LAIN YG BAIK DALAM REJAB:
- Menyucikan dri drpd dosa dgn taubat dan mohon ampun
-membersihkan hati yg lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
-mendekatkan dri kpd Allah dgn menunaikan solat
- memohon keselamatan dan kesejahteraan dgn brselawat dan berdoa kpd-Nya
-menginsafkan dri dgn mmbaca kisah teladan prjuangan Rasulullah dan sirah islam lain
setakat ni untuk kali ini...smga bermanfaat utk kita...:-)
Thursday, June 9, 2011
BINGKISAN YANG TERLEWAT
Assalamualaikum bertemu kembali dalam coretan kali ini setelah lama tidak bersua....ana aasif...untuk kali ini,tidaklah semenarik mana pon entri ini tapi hanya sebagai cicipan minda anda.Saya sajikan intisari kali ini dengan ulasan dua buah novel yg paling disukai ramai dan diminati oleh peminat hasil karya Ust A.Ubaidillah Alias ni.
Sebenarnya ulasan ni saya sediakan untuk dihantar ke pertandingan mengulas novel namun apakan daya,rezeki tidak menyebelahi mungkin...saya terlewat tarikh tutupnya...Jadi,tanpa mensia2kan keringat saya mengulas novel nih,apa kata saya letak dlm blog ja..trplang kpd anda....
Sebenarnya ulasan ni saya sediakan untuk dihantar ke pertandingan mengulas novel namun apakan daya,rezeki tidak menyebelahi mungkin...saya terlewat tarikh tutupnya...Jadi,tanpa mensia2kan keringat saya mengulas novel nih,apa kata saya letak dlm blog ja..trplang kpd anda....
ULASAN NOVEL MENGINTAI CINTA KHALIFAH
Novel ini mengetengahkan kisah dan situasi mutakhir yang hangat diperkatakan pada zaman era globalisasi kini di samping cereka cinta berlandaskan syariat yang didambakan oleh Sang arjuna iaitu watak utamanya, Imran yang sedang mencari-cari legasi al-khalifah yang sebenar. Penulis melakarkan tiga watak utama juga penggerak cerita dalam kisah ini iaitu Imran,Laila dan Nanda Gracer.
Selain itu, penulis menggunakan latar dan keindahan negeri digelar ‘Serambi Mekah’ iaitu Negeri Kelantan dalam novel ini jadi pembaca dapat menilai dan membayangkan sendiri bagaimana indahnya hidup di bumi Tuhan ini di samping ketamadunan islamnya yang unggul. Nah,maka itulah penulis membocorkan agenda-agenda rahsia lagi jahat segalanya tentang organisasi-organisasi yang dibangunkan untuk menjatuhkan umat Islam hari ini.Tamsilnya,Kelantan dijadikan sebagai pemula dalam kisah ini untuk diselongkarkan kelemahan-kelemahan Islam kita bagi menerapkan dakyah-dakyah zionis mereka seperti racun yang dititikkan ke dalam minuman sebelum diminum. Antaranya agenda Freemason yang semakin popular mutakhir ini disebalik topeng Yahudi yang bukan kita tidak tahu semakin lama semakin mencucuk seperti duri dalam daging.Mereka sedaya upaya dengan giatnya menyerapkan lima senjata untuk menyerang pemikiran masyarakat Islam kini iaitu sex,screen,sport,smoke and song supaya menjadi lebih efektif dan semakin membunuh golongan Islam kita apatah lagi pemuda pemudi Negara kita. Sudahnya,dengan permainan kotor mereka ini,impak yang diperoleh sungguh lumayan.Lihat sahaja dewasa ini sungguh ramai belia remaja kita telah kehilangan identiti dan mencari-cari arah tuju hidup sendiri.Kerana apa?Kerana pemikiran mereka telah diorganisasikan oleh agenda busuk itu.Lihatlah! Secara automatiknya remaja kita membuang agama Islam sesuka hati mereka seterusnya menjadikan budaya ‘Hedonisme’dan –isme-isme’ yang lain sebagai paksi mereka bertuhan.Inilah senario mutakhir yang dimaksudkan di atas tadi. Senator Illuminati merupakan pemikir atau tulang belakang kepada Freemason.Itu yang penulis benar-benar tekankan waima dengan membongkar kembali sejarah-sejarah lama sekalipun.Pembaca dapat mengetahui input-input tentang Freemason yang semakin meluas ini melalui novel ini.
Tambahan juga,penulis juga ada mengetengahkan tentang adab-adab berkasihan dan membentuk Baitul Muslim dalam ruang lingkup agama kita sendiri. Di samping itu juga,penulis ada menzahirkan penggarapan surah-surah Al-Quran dalam kehidupan seharian kita sendiri di samping juga hokum-hukum agama juga ada diselitkan misalnya hokum menutup aurat. Maka dengan elemen-elemen seperti itulah telah menggazetkan sebenarnya betapa indahnya agama Islam itu sendiri kerana Islam mempunyai Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah dan Islam juga agama yang mempunyai undang-undang yang mana merangkumi semua aspek dan ruang lingkup kehidupan. Malah semua etika,batasan dan perundangan ini bersumberkan Al-Quran dan hadis.Bukan sekadar tin kosong. Inilah persoalan-persoalan dan tajuk utama yang ingin dizahirkan oleh penulis melalui watak utamanya iaitu Imran yang mana mencari-cari erti seorang khalifah itu untuk menyampaikan kebenaran sekaligus ingin membiaskan cinta itu menjadi sebuah legasi menuju syurgawi.Jadi,perwatakan-perwatakan yang baik diserapkan dalam personaliti Imran tetapi selagi namanya manusia,mana mungkin ada yang sempurna. Dia juga ada melakukan kesilapan pada permulaan cerita yang mana dia menyambut cinta Laila yang mana ketika itu masih di alam persekolahan,masih remaja yang mencari arah tuju.Penah tersesat namun dia bangkit mencari sekelumit semangat apabila berkeputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir sekaligus mencari Nur yang hilang pada dirinya.Walaupun Laila menghalangnya demi tidak rela kekasihnya menjadi seorang agamawan.Lantas Laila memutuskan untuk berkahwin dengan Izani,sebagai watak sampingan. Malangnya,Laila tersilap percaturan. Hidupnya terkandas di tengah lautan.
Sementelahan itu,watak ketiga iaitu Nanda Gracer,seorang pengkaji kelemahan sifat insan seorang Islam itu juga masih mencari-cari hakikat manusiawi sebenar melalui perhubungan dengan watak utamanya iaitu Imran. Nanda seorang pengkaji dan juga seorang suruhan yang baik kepada ketuanya tetapi sekian lama terperangkap dalam abdi kini dan mengintai-intai peluang untuk melepaskan dirinya daripada kancah agenda jahat Illuminati itu dan sekaligus menarik diri untuk terus bersubahat. Jadi dengan bantuan Imran, dia memasang langkah yang sistematik bagi mencuci tangannya daripada darah-darah jahat itu.
Pada pengakhiran cerita ini,penulis merangkumkan semua lelah-lelah dugaan dan cabaran itu sebagai bunga-bunga kebehagiaan apabila Laila kembali disunting sebagai permaisuri hatinya dan sekaligus memberi pengakhiran yang baik kepada novel ini. Jadi pembaca sangat berpuas hati dengan kisah dan persoalan-persoalan yang tersingkap satu persatu ini. Jalan ceritanya yang ditampilkan oleh penulis juga berbeza sambil pembaca dapat menyelami ilmu yang terdapat di dalamnya. Bak kata pepatah ‘Sambil menyelam minum air’.
Sebagai kesimpulannya,saya sebagai pembaca sangat gembira dan sungguh berpuas hati dengan novel ini. Di samping,harganya yang tidak terlalu membebankan,segala isi kandungannya amat bermakna.
ULASAN NOVEL KALA CINTA & WAHYU BERSATU
Novel ini merupakan kesinambungan kisah daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga.Dalam episod kisah kali ini pula,penulis menampilkan banyak watak yang tidak kurang pentingnya seperti watak utamanya iaitu Amir Mukhlis,Balqis dan watak-watak yang lain seperti Wardah,Tasnim dan Ustaz Hamdi. Penulis melakarkan cerita yang mana Amir Mukhlis yang mengembara ke Bumi Kinanah mencari selautan ilmu yang mampu namun terpaksa pulang ke Malaysia untuk bertarung antara hidup dan mati namun penulis menghadirkan watak Ustaz Hamdi untuk Amir bagi meniupkan semula semangat Amir untuk terus berjuang dalam hidup.
Tambahan lagi,penulis juga menghidupkan watak-watak cinta yang mendesak dan menuntut kasihnya si Amir Mukhlis. Antaranya,watak Balqis yang berniat murni untuk mencari pemuda yang mempunyai sifat-sifat khalifah seperti Amir sebagai pasangan hidupnya. Balqis juga merupakan penuntut Al-Azhar. Namun begitu, liku-liku hidup Balqis juga diwarnai dengan hadirnya pemuda bernama Izzudin yang mengharapkan kasihya Balqis tetapi Balqis masih jua mendambakan dan berdoa supaya dipertemukan dengan seorang pria sebaik Amir Mukhlis itu. Selain itu,jambatan kisah cinta tidak hanya ternoktah antara Amir Mukhlis dengan Balqis namun diwarnai juga dengan cinta Amelia,iaitu sepupu Amir Mukhlis dan juga teguhnya legasi cinta Wardah yang ingin dimerdekakan oleh Tasnim. Secara tuntasnya,pelbagai persoalan cinta yang ingin dibicarakan oleh penulis dalam novel ini.Penulis juga ingin sekali menekankan bahawa aktiviti penulisan juga tidak harus dipandang enteng dalam kehidupan yang serba rencam sekarang ini.Buktinya,penulis meletakkan watak Amir yang menyertai aktiviti penulisan sebagai wadah perluasan dakwah kerana Allah itu. Nah! Disitulah bermulanya bibit pertemua antara Tasnim dengan Amir yang sama-sama memperjuangkan dakwah melalui penulisan.
Sementelahan juga,cinta Amelia juga hadir menghimpit fikiran Amir Mukhlis.Keluarga Amelia dan keluarga Amir masing-masing sudah memeterai janji bahawa mereka akan disatukan namun Amir menarik hatinya daripada digapai oleh Amelia kerana baginya Amelia sudah dianggap seperti saudara sendiri. Persoalan-persoalan cinta yang diwujudkan oleh penulis inilah menjadikan novel ini lebih menarik dan berwarna-warni. Benarlah yang dikatakan oleh penulis Ilham Hamdani itu bahawa “kalaulah karya-karya A.Ubaidillah Alias ini adalah musim-musim berempat,novel ini Kala Cinta & Wahyu Bersatu ini adalah musim seminya,berwarna-warni!”.Nah,sudah terang lagikan bersuluh.Novel ini sangat mantap dan membuka pemikiran remaja muda-mudi zaman sekarang untuk melakarkan cinta mereka seperti yang dikehendakkan oleh syariat. Oleh sebab itulah,novel ini menjadi novel Islami “mesti baca” oleh semua remaja kita. Diselitkan juga adab-adab berkasihan yang sepatutnya dan juga rangkaian-rangkaian doa kepada Allah supaya mendapatkan perkara yang baik-baik. Tidak seperti yang dilihat pada zaman sekarang, gejala sosial semakin meluas kebejatannya,jadi inisiatif para penulis seperti Ustaz Ubaidillah ataupun Ustaz Cinta ini yang bertujuan menyelami hati muda-mudi zaman ini dan menggunakan pendekatan yang baik untuk menyebarkan ilmu dan dakwah perlu diteruskan dan dicontohi oleh penulis lain atau para pembaca.Jadi,pahala dapat dihimpunkan disitu.InsyaAllah!.
Kesimpulannya,novel dan karya seperti ini sangat bagus dan bermanfaat buat tatapan para pembaca yang bebas daripada khayalan-khayalan cinta yang mengasyikkan sekaligus mendatangkan mudarat kepada diri sendiri,alangkah baik jika kita telusuri kisah-kisah yang membawa kebaikan seperti ini.Penulis merupakan seorang penggerak dunia penulisan yang bagus dan sangat berbakat malah berpotensi untuk melangkah dengan lebih jauh.InsyaAllah saya doakan kepada penulis A. Ubaidillah Alias.Tahniah dan syabas kepadanya!
Friday, April 29, 2011
JOM JADI MACAM "SITI IMPIAN"...
Assalamualaikum dalam post kali ini...saya hidangkan kepada anda tentang antara 9 SITI patut dicontohi oleh isteri-isteri..9 SITI adalah sumber dari bernama hehe...tp persoalannya di sini, adakah kita tergolong dalam kalangan SITI2 nih???tepuk dada tanya iman..jadi marilah kita sama2 tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini...InsyaAllah..
Beruntunglah si suami jika mendapat isteri-isteri yang solehah...
Syuga Bagi Isteri Yang Mentaati Suaminya...
1) SITI KHADIJAH- Beliau merupakan istri Rasulullah S.A.W yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupon ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, setia menghantarkan makanan kpd Baginda ktika Bginda beribadat di Gua Hira'.
2) SITI FATIMAH-Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali Karamallahu wajhah walopon Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal n kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata " Aku xkan maafkan kamu Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) SITI AISYAH- Beliau isteri Rasulullah yg pling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan n mnuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum, di situlah beliau akan mnum menggunakan bekas yg sama.
4)SITI HAJAR- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami n suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan Nabi Ibrahim atas suruhan Allah dmi kbaikan. Berjuang mncri air utk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan sorang ibu mithali).
5)SITI MARIAM- Wanita suci yg mmang pndai mnjga kehormatan dri n mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dpilih oleh Allah S.W.T utk mengandungkan Nabi Isa.
6) SITI ASIAH- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan x gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun laknatullah.
7) SITI AMINAH- Wanita mulia yg mnjd ibu kndung Rasulullah. Mendidik Bginda mnjd insan mulia.
8)SITI MUTI'AH- Istri yg ptt dicntohi n dijnjikan Allah syurga utknya krna setianya kpd suami,mnjga mkn mnum, mnyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya jika layanannya x memuaskan hati,berhias dgn cntik utk tatapan suaminya sja.
9) SITI ZUBAIDAH- Wanita kaya dermawan yg mnjdi istri khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan smua hrtanya utk mmbina terusan utk kgunaan org rmai hnya niat krana Allah S.W.T.
Sumber daripada petikan kata2 ustazah Siti Norbahyah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertjuk "SITI IMPIAN".
Wednesday, April 27, 2011
~Nikmat sebuah kebebasan~
ALHAMDULILLAH....
Ni lah kalimah pertama perlu keluar dari bibir kita....
selesai sudah imtihan akhir buat semester ni..macam xcaya...pejam celik pejam celik begitu pantasnya masa..tp bukan wat slamanya...sementara ja
tp sepanjang masa telah meninggalkan kita beribu batu jauhnya ni...apakah kita dah lakukan perkara terbaik buat hayat ini??? kita kena sedar masa xkan tunggu kita....kita yang kena kejor masa...tp...sebaliknya lak trjadi...apa bnda yg trjadi????hmmm kita slalu melengah2kan masa 2...bersama2lah kita renungkan kembali sprti yg dikatakan dalam surah al-asr...
Apa yang nak dikatakan d sni ialah....nak ucapkan selamat bercuti kepada semua bebudak kelas dan sapa2 yang akan bercuti sem...dah sonok2 exam 2..time ni lah kan nak rest puas2 tambah budak2 degree..sronok no cuti smpai 4 bulan...maka...dengan itu..plihlah pekerjaan dan lakukan perkara2 yg berfaedah...jangan plk dok melepak xtentu hala...jangan nak menambah lagi maksiat yg ada,jangan dok menambah lagi dosa yg ada...pikir dulu sblom buat!!...harap2nya nanti keputusan yg akan keluar tidak mematahkan hati dan mengecewakan diri ini Ya Allah...insyaAllah....harapnya begitulah...hmmm...ok mintak diri dlu...insyaAllah berjumpa lg...ASSALAMUALAIKUM...
Subscribe to:
Posts (Atom)