KALAM PEMULA
ALLAH'S LOVE
BICARA HIKMAH
Thursday, May 30, 2013
Friday, May 17, 2013
~Terima Kasih Cikgu~
16 MEI 2013 (1 ASPIRASI 1 AGENDA) agenda apa xtau la plk hee...
Ku ucapkan setinggi2 penghargaan kepada semua guru yg pernah mencurahkan ilmu tanpa penat jemu,demi anak didiknya yg tercinta.....Selamat Hari Guru Cikgu/Ustaz/Ustazah/Teacher/ x kira jua di mana anda berada,ku harapkan anda diberkati oleh-Nya.
~Buat cikgu TABIKA KEMAS TITI TERAS,cikgu Faridah....

nasyid 6thun
~Buat cikgu2 SEK KEB SUNGAI KOROK,(time ni kena marah ngn guru besaq)
~Buat cikgu2 SMK ABDULLAH MUNSHI,P.PINANG( time ni slalu zZzZzZ dlm kelas haha besa bro budak hostel )

5 perd 2 SPM 2008
~ Buat warden2 Asrama Sek Abdullah Munshi (ASAM) (time ni jd senior pling penyayang haha,kaunselor katakan)
![]() |
| form 4 2007 |
~Buat pensyarah2 Universiti Pndidikan Sultan Idris pend awal kanak2 1st batch
(time ni yg rasa xpernah tua,mudaaa remaja sokmo, nampak dak muka bahagia???)

persembahan pergerakan kreatif
lawatan IPG kmpus permpuan melayu melaka
~pensyarah2 UITM shah alam (time ni mengasah
bakat jadi atlet,mmpukah??

ismp pend.jasmani..grup B
Sekian....,harapan moga dpat menjadi guru bitara yg menjadi salah satu jntera penggerak memanusiakan manusia ...in sha Allah..Amin Ya Rabb...
Sunday, May 12, 2013
WHAT IS THAT???
ANATOMY?
SERIUS,MENATANG APA TU?FIRST AKU DENGAQ MMNG XTAU PA2,BUKN BUDAK SCIENCE,SCIENCE SUKAN OR SO ON. X MINAT MENATANG NI TP TRINGAT DR. MAHANI CAKAP, WHETHER U LIKE IT OR NOT,U HAVE TO. JADI,KU BERSERAH. X MAU CAKAP BANYAK,SILA LENGKAPKAN BUTIRAN DI BAWAH: HEHEHE :P
SERIUS,MENATANG APA TU?FIRST AKU DENGAQ MMNG XTAU PA2,BUKN BUDAK SCIENCE,SCIENCE SUKAN OR SO ON. X MINAT MENATANG NI TP TRINGAT DR. MAHANI CAKAP, WHETHER U LIKE IT OR NOT,U HAVE TO. JADI,KU BERSERAH. X MAU CAKAP BANYAK,SILA LENGKAPKAN BUTIRAN DI BAWAH: HEHEHE :P
Labels:
FAIL CIKGU PJK
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sunday, March 3, 2013
kehidupan baru~tempat baru~pengalaman baru~ilmu baru
Assalamualaikum....
alhmdulillah... berkesempatan jugak melawat blog cek yg bersawang2,pnuh dgn sarang lelabah ni..maapla lama benor xmengirim berita,dulu keja xdan nak berblog...sibuk ngn anak2,pagi petang siang malam...sekarang akan sibuk dengan kelas,bergelumang dgn buku2 ,pen,pensel dan sebagainya lagi...xlarat nak habaqq..bnyakk... senang cakap,cek belajaq lg.. Alhmdulillah,masih lgi diberi rezeki untuk smbung blajaq,...dlu upsi...skrg tukaq... dlu anak kndung suluh budiman,skrg dh jadi warga mengubah destini anak bngsa.. apa2 pon xpa la...jnji belajaq kannn....kt mana pon sama....4 thun lg ... semoga cek dpt melaluinya dgn lncar, aminn....moga dipermudahkan...sekian....tulis pnjang2 pon buat lenguh tgn ja kan...bkn hampa belek sgt pun huhu...
ni point penting : cek rnduuuu sgt kengkawan upsi batch 1 pendidikan awal kanak2... :(
Saturday, July 7, 2012
Wednesday, June 6, 2012
~Hari Keluarga Tadika Al azhar Bestari~
Terlewat..... itu mampu dikatakan...
15hb april 2012,di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau,berlangsung Hari Keluarga TAB...seronok sungguh budak2..xtau nak ckp..cikgu???seronok + letih hua3....tp keseluruhannya...Alhamdulillah berjalan seperti drancang dan Allah berkati tnpa ada aral melintang....
xlarat nak crita...tnjuk gambo je la..
Ni masa latihan acara tiup belon..kembung pipi mereka
Beginilah rupanya...sabo je la ye cikgu2...
tiup jgn xtiup......
wjah2 ceria....si hensem aidib d tengah...
musical chair acara kemuncak...
pandai ka meraut 2 wahai bapa2 sekalian...
15hb april 2012,di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau,berlangsung Hari Keluarga TAB...seronok sungguh budak2..xtau nak ckp..cikgu???seronok + letih hua3....tp keseluruhannya...Alhamdulillah berjalan seperti drancang dan Allah berkati tnpa ada aral melintang....
xlarat nak crita...tnjuk gambo je la..
Ni masa latihan acara tiup belon..kembung pipi mereka
Beginilah rupanya...sabo je la ye cikgu2...
tiup jgn xtiup......
wjah2 ceria....si hensem aidib d tengah...
musical chair acara kemuncak...
pandai ka meraut 2 wahai bapa2 sekalian...
Monday, July 18, 2011
PONDOK MENJADI BANGSAL,BANGSAL ADA DI HUJUNG DESA,USUL MENUNJUKKAN ASAL..BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA...
Asal perkataan Allah dan maksudnya...
Al-ALUSI dalam Ruh al-Ma'ani berkata: "Asalnya dari I'lali ialah ilah seperti dalam al-Sihah ataual-Ilalah seperti dalam al-Kasyaf yang kedua-duanya mempunyai hujah."
Al-'Allamah al-Sa'd berkata: "Sesungguhnya Tuhan atau ilah adalah nama yang difahami secara kulli yang disembah dengan sebenarnya sedangkan Allah adalah ism alam bagi zat-Nya."
Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Usul al-Iman wa al-Islam berkata: "Allah bermaksud bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala makhluk-Nya dan bahawa dia tidak berlaku kecuali mengikut kehendak-Nya. Dan bahawa Dia Maha Menguasai dan Maha Perkasa yang tidak boleh dikalahkan dan bahawa Dia Maha Berkuasa yang tidak boleh dilawan dan di atasi dan tidak
sah taklif kecuali daripadanya."
Ulama tauhid berkata: "Allah adalah ism alam (nama khas) kepada zat yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT sedangkan makhluk ialah sifat yang mungkin ada dan dia adalah selain daripada Allah SWT."
Allah adalah ism alam yang menunjukkan atas zat di mana semua nama Allah yang mulia terhimpun pada Allah. Allah ialah nama-Nya Yang Maha Agung.
Al-Khazin dalam tafsirnya berkata: "Allah adalah nama khas bagi Allah yang bersifat Tunggal dan Esa, tiada musytaq (terbitan) dan tidak disekutukan oleh sesuatu."
Dalam Tafsir Hadaiq al-Rauh al-Raihan menyebut: "Allah maknanya yang berhak diibadat,
tidak kepada yang lain."

Konteks Bahasa Melayu
Prof. Syed Mohd Naquib al-Attas menyebut: "Bahasa membayangkan hakikat kewujudan. Menyeludupkan faham-faham kunci yang asing pada sesuatu bahasa melibatkan bukan semata-mata menterjemahkan kata-kata, bahkan lebih mendalam kesannya, ia juga melibatkan penterjemahan rupa cipta perlambangan yang dimiliki oleh sistem besar pandangan alam asing yang tiada bersesuaian dengan pandangan alam yang ditayangkan oleh bahasa yang ke dalamnya faham-faham itu diseludupkan."
Bahasa Melayu merujuk kepada bangsa Melayu. Rumpun bangsa Melayu adalah sinonim dengan agama Islam. Berdasarkan kepada bukti sejarah dan artifak jelas menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah menerima Islam sejak abad ke-7, 8 dan 9. Ini terbukti dengan penemuan
Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 22 Februari 1303M.
Pemerintahan Islam bermula di Tanah Melayu dengan tertegaknya Kesultanan Melayu Melaka
pada 1414M yang menjadikan Islam sebagai agama negara.
Begitu juga seperti yang diketahui umum berdasarkan fakta sejarah bahawa perundangan di Tanah Melayu sebelum kolonial juga berasaskan Islam seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang 99.
Pengaruh Islam di Tanah Melayu juga membawa masuk kalimah-kalimah Arab ke dalam bahasa Melayu. Istilah-istilah Arab digunakan dengan meluas dalam bahasa Melayu seperti nama-nama hari dan lain-lain. Tulisan jawi juga sebagai lambang pengaruh Islam yang kuat kepada umat Melayu.
Bahasa Melayu itu juga lahir daripada rahim agama Islam. Perlembagaan dalam perkara 160 (2) menetapkan orang Melayu mestilah beragama Islam. Oleh itu, kerana kalimah Allah adalah istilah yang telah diserap dalam Bahasa Melayu maka ia hendaklah difahami mengikut bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam.
Dengan sebab itu ia membuka ruang agama lain menggunakan kalimah 'Allah' akan mengubah maksud asal kalimah 'Allah' menurut bahasa Melayu.
Justeru, jika dibenarkan Kristian menggunakan kalimah 'Allah' maka makna asal 'Allah' dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (iaitu Tuhan Yang Maha Esa) terpaksa ditukar kepada Tuhan Yesus/ Tuhan Berhala/ Tuhan Bapa/ Tiga Tuhan Bersatu (Triniti). Tidakkah ini mencelarukan?
Perkataan ahad adalah sama dengan wahid yang memberi maksud ke-Esaan. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Abu Ubaidah, sedangkan sebahagian ulama membezakannya.
Abu Sulaiman al-Khattabi berkata: "Wahid menunjukkan ke-Esaan pada zat tanpa sebarang tandingan, sedangkan ahad pula bersifat tunggal dengan maknanya tanpa disekutukan oleh seseorang."
Sayid Qutub berkata: "Itulah hakikat ke-Esaan kewujudan Allah SWT. Di sana tiada hakikat melainkan hakikat Allah SWT. Tiada kewujudan hakiki melainkan kewujudan Allah SWT. Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka dan kewujudan Allah SWT yang hakiki."
Ia juga merupakan hakikat ke-Esaan Pencipta yang tiada tandingannya. Itulah akidah hati nurani dan itulah juga pentafsiran bagi kewujudan alam. Apabila pentafsiran ini mantap dalam hati dan kefahaman ini jelas dan terang maka bersihlah hati dari segala kepercayaan yang karut dan dari segala pergantungan dengan yang lain dari zat Allah SWT.
Iaitu hati bersih daripada pergantungan dengan sesuatu yang lain. Justeru, tiada hakikat bagi sesuatu kewujudan kecuali kewujudan Ilahi dan tiada hakikat bagi sesuatu kuasa pencipta kecuali iradat ilahiah sahaja. Tiada ertinya bergantung dengan sesuatu yang tidak mempunyai sebarang hakikat bagi kewujudannya dan sebarang hakikat bagi kuasa pencipta-Nya.
Bagi siapa yang ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk buku Keabsahan Penggunaan Nama Allah SWT Hanya Untuk Orang Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Apabila hati telah bersih dari segala perasaan terhadap yang lain dari hakikat Allah yang tunggal dan bersih dari pergantungan kepada yang lain dan hakikat Allah, maka ketika itu ia akan bebas dari segala belenggu dan ikatan, keinginan nafsu yang menjadi punca segala perkara buruk.
Apabila mantapnya kefahaman ini maka di tahap inilah hati seseorang akan melihat kudrat
Allah SWT menguasai segala sesuatu yang dilihatnya.
Sumber dari Arkib 15 julai 2011/utusan online...
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)






