Assalamualaikum....bertemu kmbali dlm entri kali ni yg mnceritakan kebaikan Syaaban plak...entri lepas dah bulan Rejab..kini Syaaban pula mengambil giliran...Hari ni ialah Nisfu Syaaban...17 Julai 2001 bersamaan 15 Syaaban 1432 H....
Alhamdulillah dirasakan betapa beruntungnya sy hari ni...nak tau sebab apa?? Hari ni hari lahir sy...bukan sllu boleh berkongsi hari lahir dgn pristiwa istimewa seperti ini...jadi ku panjatkan syukur kepada Ilahi...Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan ini...maka bertukarlah buku amalan kita dengan hadirnya Nisfu Syaaban ni...
Jadi....ADA APA DENGAN SYAABAN???... selalunya org bertanya...ADA APA DENGAN CINTA???jadi kita tukarr skit..asyik cinta ja....boringg ...!!
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Antara amalan-amalan di bulan Syaaban...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Puasa Sunat di bulan Syaaban
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)
Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat
Sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)
Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)
SUMBER DARI BERNAMA :WAWA...
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MANFAATNYA......
REJAB tiba lagi...jadi moh le kita sama2 ambik kesempatan yang masih ada ni untuk sama2 mendapat manfaatnya.
APA ADA DENGAN REJAB??

Rejab adalah bulan ketujuh dalam klendar Islam. Rejab-bermksud takzim (kebesaran,keagungan,kemuliaan). Dalam bulan Rejab ni ada pristiwa bersejarah tau x....nak tau pristiwa apa?? Jom check it out...
Dlam bulan ni berlakunya perang Tabuk,pembebasan Al-Aqsa drpd tgn tentera Salib dan ada pndapat kata bulan ni lah berlakunya pristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad..sebab tu lah Rejab sbg bulan mulia. Jadi sewajarnya umat Islam ambik kesempatan ni utk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab.
Amalan trbaiknya ialah berpuasa.Mksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa Rejab ialah :
Posa 1 hri-sprti posa 40 thun n dapat keredaan Allah juga syurga trtinggi.
Posa 2 hri-mndpat kemuliaan bsar drpd Allah n dilipat gandakan pahalanya.
Posa 3 hri-dijauhkan dugaan dunia oleh Allah,dijadikan sbuah parit pnjang yg menghalangnya ke neraka.
Posa 4 hri-diselamatkan drpd siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Posa 5 hri-aman dr azab kubur.
Posa 6 hri-dibangkitkan dr kubur dgn muka bercahaya.
Posa 7 hri-Allah mengunci tjuh pntu neraka jahanam bginya.
Posa 8 hri-Allah mmbuka 8 pintu syurga bginya.
Posa 9 hri- keluar dr kuburnya lalu menyeru LAAILAHAILLALLAH dan tidak ditolak dia dr memasuki syurga.
Posa 10 hri-Allah memperkenankan semua prmintaan dan hajatnya,dijadikan hamparan prhentian di titian Siratul Mustaqim.
Posa 13 hri-Saidina Ali berkata bhawa fadilatnya sprti posa 10 000 thun.
Posa 15 hri-Allah mengampunkan smua dosanya yg lalu d samping menggantikan amalan kejahatan dgn amalan kebaikan. Saidina Ali brkata bhwa fadilatnya sprti posa 100 000 thun.
Posa 16 hri- dapat melihat wajah Allah dlm syurga n org pertama mnziarahi Allah dalam syurga.
Posa 19 hri- dibina sbuah mahligai d hadapan mhligai Nabi Ibrahim n Nabi Adam.
Posa 20 hri- Allah mengampunkan sgala dosa lalu dan melakukan amalan baik dgn baki umurnya.
Selain tu jgak,
- Sesiapa berpuasa 3 hri dlm bulan ni dan bribadat pd malamnya spt dia brpuasa 3000 thun,diampunkan bginya 70 dosa bsar stiap hri,ditunaikan 70 hajat ktika kluar nyawa dr jasadnya.70 hajat ktika dalam kuburnya,70 hajat ktika trbang suhuf(ktika Al-quran dinaikkan ke langit),70 hajat ktika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ktika melalui titian Sirat.
-Berpuasa pd 27 Rejab (hri Israk Mikraj) spt berpuasa 60 bulan pahalanya,jika dsertai sedekah umpama puasa 1000 thun.
- Dapat minum air sg yg dinamakan Rejab dgn airnya lbih putih drpd susu,lbih mnis drpd mnisan n lbih singin drpd salji.
- Setiap umat yg berpuasa pd Rejab spt mngerjakan ibadah seumur hidupnya. tmbahan bersedekah spt beribadah 1000 kali haji dan umrah. Dibina mahligai dgn 1000 bilik dan 1000 bidadari,lbih cntik drpd mtahari 1000 kali.
- Sedekah pd Rejab spt bersedekah 1000 dinar,dituliskan kpd tiap helai bulu roma 1000 kebajikan,diangkat 1000 drjat dan dihapuskan 1000 kejahatan srta dijauhkan drpd api neraka
KELEBIHAN LAIN PD BULAN REJAB :
- Dalam bulan lain Allah mmbalas amalan umat-Nya 10 kali tp dalam Rejab, Allah akan mmbalas 70 kali
-Rejab bulan Allah,Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan Rasulullah
-Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulai menuai.
-Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati,Ramadan menyucikan roh
-Rejab bulan maghfirah(keampunan), Syaaban bulan syafaat,Ramadan menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat,Syaaban bulan muhibah,manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yg banyak
-Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala,Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala
BEBERAPA AMALAN LAIN YG BAIK DALAM REJAB:
- Menyucikan dri drpd dosa dgn taubat dan mohon ampun
-membersihkan hati yg lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
-mendekatkan dri kpd Allah dgn menunaikan solat
- memohon keselamatan dan kesejahteraan dgn brselawat dan berdoa kpd-Nya
-menginsafkan dri dgn mmbaca kisah teladan prjuangan Rasulullah dan sirah islam lain
setakat ni untuk kali ini...smga bermanfaat utk kita...:-)
Assalamualaikum dalam post kali ini...saya hidangkan kepada anda tentang antara 9 SITI patut dicontohi oleh isteri-isteri..9 SITI adalah sumber dari bernama hehe...tp persoalannya di sini, adakah kita tergolong dalam kalangan SITI2 nih???tepuk dada tanya iman..jadi marilah kita sama2 tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini...InsyaAllah..
Beruntunglah si suami jika mendapat isteri-isteri yang solehah...
Syuga Bagi Isteri Yang Mentaati Suaminya...
1) SITI KHADIJAH- Beliau merupakan istri Rasulullah S.A.W yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupon ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, setia menghantarkan makanan kpd Baginda ktika Bginda beribadat di Gua Hira'.
2) SITI FATIMAH-Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali Karamallahu wajhah walopon Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal n kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata " Aku xkan maafkan kamu Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) SITI AISYAH- Beliau isteri Rasulullah yg pling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan n mnuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum, di situlah beliau akan mnum menggunakan bekas yg sama.
4)SITI HAJAR- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami n suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan Nabi Ibrahim atas suruhan Allah dmi kbaikan. Berjuang mncri air utk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan sorang ibu mithali).
5)SITI MARIAM- Wanita suci yg mmang pndai mnjga kehormatan dri n mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dpilih oleh Allah S.W.T utk mengandungkan Nabi Isa.
6) SITI ASIAH- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan x gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun laknatullah.
7) SITI AMINAH- Wanita mulia yg mnjd ibu kndung Rasulullah. Mendidik Bginda mnjd insan mulia.
8)SITI MUTI'AH- Istri yg ptt dicntohi n dijnjikan Allah syurga utknya krna setianya kpd suami,mnjga mkn mnum, mnyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya jika layanannya x memuaskan hati,berhias dgn cntik utk tatapan suaminya sja.
9) SITI ZUBAIDAH- Wanita kaya dermawan yg mnjdi istri khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan smua hrtanya utk mmbina terusan utk kgunaan org rmai hnya niat krana Allah S.W.T.
Sumber daripada petikan kata2 ustazah Siti Norbahyah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertjuk "SITI IMPIAN".
