Monday, June 13, 2011

APA ISTIMEWANYA REJAB???



REJAB tiba lagi...jadi moh le kita sama2 ambik kesempatan yang masih ada ni untuk sama2 mendapat manfaatnya.






APA ADA DENGAN REJAB??









Rejab adalah bulan ketujuh dalam klendar Islam. Rejab-bermksud takzim (kebesaran,keagungan,kemuliaan). Dalam bulan Rejab ni ada pristiwa bersejarah tau x....nak tau pristiwa apa?? Jom check it out...


Dlam bulan ni berlakunya perang Tabuk,pembebasan Al-Aqsa drpd tgn tentera Salib dan ada pndapat kata bulan ni lah berlakunya pristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad..sebab tu lah Rejab sbg bulan mulia. Jadi sewajarnya umat Islam ambik kesempatan ni utk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab.


Amalan trbaiknya ialah berpuasa.Mksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa Rejab ialah :


Posa 1 hri-sprti posa 40 thun n dapat keredaan Allah juga syurga trtinggi.



Posa 2 hri-mndpat kemuliaan bsar drpd Allah n dilipat gandakan pahalanya.


Posa 3 hri-dijauhkan dugaan dunia oleh Allah,dijadikan sbuah parit pnjang yg menghalangnya ke neraka.



Posa 4 hri-diselamatkan drpd siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.





Posa 5 hri-aman dr azab kubur.


Posa 6 hri-dibangkitkan dr kubur dgn muka bercahaya.


Posa 7 hri-Allah mengunci tjuh pntu neraka jahanam bginya.





Posa 8 hri-Allah mmbuka 8 pintu syurga bginya.


Posa 9 hri- keluar dr kuburnya lalu menyeru LAAILAHAILLALLAH dan tidak ditolak dia dr memasuki syurga.


Posa 10 hri-Allah memperkenankan semua prmintaan dan hajatnya,dijadikan hamparan prhentian di titian Siratul Mustaqim.


Posa 13 hri-Saidina Ali berkata bhawa fadilatnya sprti posa 10 000 thun.


Posa 15 hri-Allah mengampunkan smua dosanya yg lalu d samping menggantikan amalan kejahatan dgn amalan kebaikan. Saidina Ali brkata bhwa fadilatnya sprti posa 100 000 thun.



Posa 16 hri- dapat melihat wajah Allah dlm syurga n org pertama mnziarahi Allah dalam syurga.


Posa 19 hri- dibina sbuah mahligai d hadapan mhligai Nabi Ibrahim n Nabi Adam.


Posa 20 hri- Allah mengampunkan sgala dosa lalu dan melakukan amalan baik dgn baki umurnya.



Selain tu jgak,


- Sesiapa berpuasa 3 hri dlm bulan ni dan bribadat pd malamnya spt dia brpuasa 3000 thun,diampunkan bginya 70 dosa bsar stiap hri,ditunaikan 70 hajat ktika kluar nyawa dr jasadnya.70 hajat ktika dalam kuburnya,70 hajat ktika trbang suhuf(ktika Al-quran dinaikkan ke langit),70 hajat ktika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ktika melalui titian Sirat.



-Berpuasa pd 27 Rejab (hri Israk Mikraj) spt berpuasa 60 bulan pahalanya,jika dsertai sedekah umpama puasa 1000 thun.



- Dapat minum air sg yg dinamakan Rejab dgn airnya lbih putih drpd susu,lbih mnis drpd mnisan n lbih singin drpd salji.



- Setiap umat yg berpuasa pd Rejab spt mngerjakan ibadah seumur hidupnya. tmbahan bersedekah spt beribadah 1000 kali haji dan umrah. Dibina mahligai dgn 1000 bilik dan 1000 bidadari,lbih cntik drpd mtahari 1000 kali.



- Sedekah pd Rejab spt bersedekah 1000 dinar,dituliskan kpd tiap helai bulu roma 1000 kebajikan,diangkat 1000 drjat dan dihapuskan 1000 kejahatan srta dijauhkan drpd api neraka


KELEBIHAN LAIN PD BULAN REJAB :



- Dalam bulan lain Allah mmbalas amalan umat-Nya 10 kali tp dalam Rejab, Allah akan mmbalas 70 kali



-Rejab bulan Allah,Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan Rasulullah


-Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulai menuai.



-Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati,Ramadan menyucikan roh



-Rejab bulan maghfirah(keampunan), Syaaban bulan syafaat,Ramadan menggandakan kebajikan.



Rejab bulan taubat,Syaaban bulan muhibah,manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yg banyak



-Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala,Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala










BEBERAPA AMALAN LAIN YG BAIK DALAM REJAB:



- Menyucikan dri drpd dosa dgn taubat dan mohon ampun



-membersihkan hati yg lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir



-mendekatkan dri kpd Allah dgn menunaikan solat


- memohon keselamatan dan kesejahteraan dgn brselawat dan berdoa kpd-Nya


-menginsafkan dri dgn mmbaca kisah teladan prjuangan Rasulullah dan sirah islam lain



setakat ni untuk kali ini...smga bermanfaat utk kita...:-)
















Thursday, June 9, 2011

BINGKISAN YANG TERLEWAT

Assalamualaikum bertemu kembali dalam coretan kali ini setelah lama tidak bersua....ana aasif...untuk kali ini,tidaklah semenarik mana pon entri ini tapi hanya sebagai cicipan minda anda.Saya sajikan intisari kali ini dengan ulasan dua buah novel yg paling disukai ramai dan diminati oleh peminat hasil karya Ust A.Ubaidillah Alias ni.


Sebenarnya ulasan ni saya sediakan untuk dihantar ke pertandingan mengulas novel namun apakan daya,rezeki tidak menyebelahi mungkin...saya terlewat tarikh tutupnya...Jadi,tanpa mensia2kan keringat saya mengulas novel nih,apa kata saya letak dlm blog ja..trplang kpd anda....









ULASAN NOVEL MENGINTAI CINTA KHALIFAH



Novel ini mengetengahkan kisah dan situasi mutakhir yang hangat diperkatakan pada zaman era globalisasi kini di samping cereka cinta berlandaskan syariat yang didambakan oleh Sang arjuna  iaitu watak utamanya, Imran yang sedang mencari-cari legasi al-khalifah yang sebenar. Penulis melakarkan tiga watak utama juga penggerak cerita  dalam kisah ini iaitu Imran,Laila dan Nanda Gracer.

Selain itu, penulis menggunakan latar dan keindahan negeri digelar ‘Serambi Mekah’ iaitu Negeri Kelantan dalam novel ini jadi pembaca dapat menilai dan membayangkan sendiri bagaimana indahnya hidup di bumi Tuhan ini di samping ketamadunan islamnya yang unggul. Nah,maka itulah penulis membocorkan agenda-agenda rahsia lagi jahat segalanya tentang organisasi-organisasi yang dibangunkan untuk menjatuhkan umat Islam hari ini.Tamsilnya,Kelantan dijadikan sebagai pemula dalam kisah ini untuk diselongkarkan kelemahan-kelemahan Islam kita bagi menerapkan dakyah-dakyah zionis mereka seperti racun yang dititikkan ke dalam minuman sebelum diminum. Antaranya agenda Freemason yang semakin popular mutakhir ini disebalik topeng Yahudi yang bukan kita tidak tahu semakin lama semakin mencucuk seperti duri dalam daging.Mereka sedaya upaya dengan giatnya menyerapkan lima senjata untuk menyerang pemikiran  masyarakat Islam kini iaitu sex,screen,sport,smoke and song supaya menjadi lebih efektif dan semakin membunuh golongan Islam kita apatah lagi pemuda pemudi Negara kita. Sudahnya,dengan permainan kotor mereka ini,impak yang diperoleh sungguh lumayan.Lihat sahaja dewasa ini sungguh ramai belia remaja kita telah kehilangan identiti dan mencari-cari arah tuju hidup sendiri.Kerana apa?Kerana pemikiran mereka telah diorganisasikan oleh agenda busuk itu.Lihatlah! Secara automatiknya remaja kita membuang agama Islam sesuka hati mereka seterusnya menjadikan budaya ‘Hedonisme’dan –isme-isme’ yang lain sebagai paksi mereka bertuhan.Inilah senario mutakhir yang dimaksudkan di atas tadi. Senator Illuminati merupakan pemikir atau tulang belakang kepada Freemason.Itu yang penulis benar-benar tekankan waima dengan membongkar kembali sejarah-sejarah lama sekalipun.Pembaca dapat mengetahui input-input tentang Freemason yang semakin meluas ini melalui novel ini.

Tambahan juga,penulis juga ada mengetengahkan tentang adab-adab berkasihan dan membentuk Baitul Muslim dalam ruang lingkup agama kita sendiri. Di samping itu juga,penulis ada menzahirkan penggarapan surah-surah Al-Quran dalam kehidupan seharian kita sendiri di samping juga hokum-hukum agama juga ada diselitkan misalnya hokum menutup aurat. Maka dengan elemen-elemen seperti itulah telah menggazetkan sebenarnya betapa indahnya agama Islam itu sendiri kerana Islam mempunyai Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah dan Islam juga agama yang mempunyai undang-undang yang mana merangkumi semua aspek dan ruang lingkup kehidupan. Malah semua etika,batasan dan perundangan ini bersumberkan Al-Quran dan hadis.Bukan sekadar tin kosong. Inilah persoalan-persoalan dan tajuk utama yang ingin dizahirkan oleh penulis melalui watak utamanya iaitu Imran yang mana mencari-cari erti seorang khalifah itu untuk menyampaikan kebenaran sekaligus ingin membiaskan cinta itu menjadi sebuah legasi menuju syurgawi.Jadi,perwatakan-perwatakan yang baik diserapkan dalam personaliti Imran tetapi selagi namanya manusia,mana mungkin ada yang sempurna. Dia juga ada melakukan kesilapan pada permulaan cerita yang mana dia menyambut cinta  Laila yang mana ketika itu masih di alam persekolahan,masih remaja yang mencari arah tuju.Penah tersesat namun dia bangkit mencari sekelumit semangat apabila berkeputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir sekaligus mencari Nur yang hilang pada dirinya.Walaupun Laila menghalangnya demi tidak rela kekasihnya menjadi seorang agamawan.Lantas Laila memutuskan untuk berkahwin dengan Izani,sebagai watak sampingan. Malangnya,Laila tersilap percaturan. Hidupnya terkandas di tengah lautan.

Sementelahan itu,watak ketiga iaitu Nanda Gracer,seorang pengkaji kelemahan sifat insan seorang Islam itu juga masih mencari-cari hakikat manusiawi sebenar melalui perhubungan dengan watak utamanya iaitu Imran. Nanda seorang pengkaji dan juga seorang suruhan yang baik kepada ketuanya tetapi sekian lama terperangkap dalam abdi kini dan mengintai-intai peluang untuk melepaskan dirinya daripada kancah agenda jahat Illuminati itu dan sekaligus menarik diri untuk terus bersubahat. Jadi dengan bantuan Imran, dia memasang langkah yang sistematik bagi mencuci tangannya daripada darah-darah jahat itu.

Pada pengakhiran cerita ini,penulis merangkumkan semua lelah-lelah dugaan dan cabaran itu sebagai bunga-bunga kebehagiaan apabila Laila kembali disunting sebagai permaisuri hatinya dan sekaligus memberi pengakhiran yang baik kepada novel ini. Jadi pembaca sangat berpuas hati dengan kisah dan persoalan-persoalan yang tersingkap satu persatu ini. Jalan ceritanya yang ditampilkan oleh penulis juga berbeza sambil pembaca dapat menyelami ilmu yang terdapat di dalamnya. Bak kata pepatah ‘Sambil menyelam minum air’.

Sebagai kesimpulannya,saya sebagai pembaca sangat gembira dan sungguh berpuas hati dengan novel ini. Di samping,harganya yang tidak terlalu membebankan,segala isi kandungannya amat bermakna.







ULASAN NOVEL KALA CINTA & WAHYU BERSATU




Novel ini merupakan kesinambungan kisah daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga.Dalam episod kisah kali ini pula,penulis menampilkan banyak watak yang tidak kurang pentingnya seperti watak utamanya iaitu Amir Mukhlis,Balqis dan watak-watak yang lain seperti Wardah,Tasnim dan Ustaz Hamdi. Penulis melakarkan cerita yang mana Amir Mukhlis yang mengembara ke Bumi Kinanah mencari selautan ilmu yang mampu namun terpaksa pulang ke Malaysia untuk bertarung antara hidup dan mati namun penulis menghadirkan watak Ustaz Hamdi untuk Amir bagi meniupkan semula semangat Amir untuk terus berjuang dalam hidup.

Tambahan lagi,penulis juga menghidupkan watak-watak cinta yang mendesak dan menuntut kasihnya si Amir Mukhlis. Antaranya,watak Balqis yang berniat murni untuk mencari pemuda yang mempunyai sifat-sifat khalifah seperti Amir sebagai pasangan hidupnya. Balqis juga merupakan penuntut Al-Azhar. Namun begitu, liku-liku hidup Balqis juga diwarnai dengan hadirnya pemuda bernama Izzudin yang mengharapkan kasihya Balqis tetapi Balqis masih jua mendambakan dan berdoa supaya dipertemukan dengan seorang pria sebaik Amir Mukhlis itu. Selain itu,jambatan kisah cinta tidak hanya ternoktah antara Amir Mukhlis dengan Balqis namun diwarnai juga dengan cinta Amelia,iaitu sepupu Amir Mukhlis dan juga teguhnya legasi cinta Wardah yang ingin dimerdekakan oleh Tasnim. Secara tuntasnya,pelbagai persoalan cinta yang ingin dibicarakan oleh penulis dalam novel ini.Penulis juga ingin sekali menekankan bahawa aktiviti penulisan juga tidak harus dipandang enteng dalam kehidupan yang serba rencam sekarang ini.Buktinya,penulis meletakkan watak  Amir yang menyertai aktiviti penulisan sebagai wadah perluasan dakwah kerana Allah itu. Nah! Disitulah bermulanya bibit pertemua antara Tasnim dengan Amir yang sama-sama memperjuangkan dakwah melalui penulisan.

Sementelahan juga,cinta Amelia juga hadir menghimpit fikiran Amir Mukhlis.Keluarga Amelia dan keluarga Amir masing-masing sudah memeterai janji bahawa mereka akan disatukan namun Amir menarik hatinya daripada digapai oleh Amelia kerana baginya Amelia sudah dianggap seperti saudara sendiri. Persoalan-persoalan cinta yang diwujudkan oleh penulis inilah menjadikan novel ini lebih menarik dan berwarna-warni. Benarlah yang dikatakan oleh penulis Ilham Hamdani itu bahawa “kalaulah karya-karya A.Ubaidillah Alias ini adalah musim-musim berempat,novel ini Kala Cinta & Wahyu Bersatu ini adalah musim seminya,berwarna-warni!”.Nah,sudah terang lagikan bersuluh.Novel ini sangat mantap dan membuka pemikiran remaja muda-mudi zaman sekarang untuk melakarkan cinta mereka seperti yang dikehendakkan oleh syariat. Oleh sebab itulah,novel ini menjadi novel Islami “mesti baca” oleh semua remaja kita. Diselitkan juga adab-adab berkasihan yang sepatutnya dan juga rangkaian-rangkaian doa kepada Allah supaya mendapatkan perkara yang baik-baik. Tidak seperti yang dilihat pada zaman sekarang, gejala sosial semakin meluas kebejatannya,jadi inisiatif para penulis seperti Ustaz Ubaidillah ataupun Ustaz Cinta ini yang bertujuan menyelami hati muda-mudi zaman ini dan menggunakan pendekatan yang baik untuk menyebarkan ilmu dan dakwah perlu diteruskan dan dicontohi oleh penulis lain atau para pembaca.Jadi,pahala dapat dihimpunkan disitu.InsyaAllah!.

Kesimpulannya,novel dan karya seperti ini sangat bagus dan bermanfaat buat tatapan para pembaca yang bebas daripada khayalan-khayalan cinta yang mengasyikkan sekaligus mendatangkan mudarat kepada diri sendiri,alangkah baik jika kita telusuri kisah-kisah yang membawa kebaikan seperti ini.Penulis merupakan seorang penggerak dunia penulisan yang bagus dan sangat berbakat malah berpotensi untuk melangkah dengan lebih jauh.InsyaAllah saya doakan kepada penulis A. Ubaidillah Alias.Tahniah dan syabas kepadanya!






Friday, April 29, 2011

JOM JADI MACAM "SITI IMPIAN"...



Assalamualaikum dalam post kali ini...saya hidangkan kepada anda tentang antara 9 SITI patut dicontohi oleh isteri-isteri..9 SITI adalah sumber dari bernama hehe...tp persoalannya di sini, adakah kita tergolong dalam kalangan SITI2 nih???tepuk dada tanya iman..jadi marilah kita sama2 tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini...InsyaAllah..






Beruntunglah si suami jika mendapat isteri-isteri yang solehah...


Syuga Bagi Isteri Yang Mentaati Suaminya...






1) SITI KHADIJAH- Beliau merupakan istri Rasulullah S.A.W yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupon ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, setia menghantarkan makanan kpd Baginda ktika Bginda beribadat di Gua Hira'.






2) SITI FATIMAH-Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali Karamallahu wajhah walopon Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal n kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata " Aku xkan maafkan kamu Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.






3) SITI AISYAH- Beliau isteri Rasulullah yg pling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan n mnuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum, di situlah beliau akan mnum menggunakan bekas yg sama.






4)SITI HAJAR- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami n suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan Nabi Ibrahim atas suruhan Allah dmi kbaikan. Berjuang mncri air utk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan sorang ibu mithali).






5)SITI MARIAM- Wanita suci yg mmang pndai mnjga kehormatan dri n mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dpilih oleh Allah S.W.T utk mengandungkan Nabi Isa.






6) SITI ASIAH- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan x gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun laknatullah.






7) SITI AMINAH- Wanita mulia yg mnjd ibu kndung Rasulullah. Mendidik Bginda mnjd insan mulia.






8)SITI MUTI'AH- Istri yg ptt dicntohi n dijnjikan Allah syurga utknya krna setianya kpd suami,mnjga mkn mnum, mnyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya jika layanannya x memuaskan hati,berhias dgn cntik utk tatapan suaminya sja.






9) SITI ZUBAIDAH- Wanita kaya dermawan yg mnjdi istri khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan smua hrtanya utk mmbina terusan utk kgunaan org rmai hnya niat krana Allah S.W.T.






Sumber daripada petikan kata2 ustazah Siti Norbahyah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertjuk "SITI IMPIAN".
















Wednesday, April 27, 2011

~Nikmat sebuah kebebasan~

ALHAMDULILLAH....

Ni lah kalimah pertama perlu keluar dari bibir kita....
selesai sudah imtihan akhir buat semester ni..macam xcaya...pejam celik pejam celik begitu pantasnya masa..tp bukan wat slamanya...sementara ja
tp sepanjang masa telah meninggalkan kita beribu batu jauhnya ni...apakah kita dah lakukan perkara terbaik buat hayat ini??? kita kena sedar masa xkan tunggu kita....kita yang kena kejor masa...tp...sebaliknya lak trjadi...apa bnda yg trjadi????hmmm kita slalu melengah2kan masa 2...bersama2lah kita renungkan kembali sprti yg dikatakan dalam surah al-asr...





Apa yang nak dikatakan  d sni ialah....nak ucapkan selamat bercuti kepada semua bebudak kelas dan sapa2 yang akan bercuti sem...dah sonok2 exam 2..time ni lah kan nak rest puas2 tambah budak2 degree..sronok no cuti smpai 4 bulan...maka...dengan itu..plihlah pekerjaan dan lakukan perkara2 yg berfaedah...jangan plk dok melepak xtentu hala...jangan nak menambah lagi maksiat yg ada,jangan dok menambah lagi dosa yg ada...pikir dulu sblom buat!!...harap2nya nanti keputusan yg akan keluar tidak mematahkan hati dan mengecewakan diri ini Ya Allah...insyaAllah....harapnya begitulah...hmmm...ok mintak diri dlu...insyaAllah berjumpa lg...ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, October 28, 2010

GURINDAM BAHASA KITA

Bahasa Melayu bahasa ibunda
jadi pertuturan di Nusantara.


Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
telah termaktub dalam perlembagaan.


Bahasa kita ayuh daulatkan
biar betul kita gunakan.


Bahasa baku dipertuturkan
lemah lembut lagi bersopan.


Cuba elak bahasa pasar
bunyi dan rentak tak sedap didengar.


Betul nahu dan juga ejaan
perkara utama dalam penulisan.


Jangan ejaan kita ringkaskan
sampai ia jadi pencemaran.


Bahasa SMS kita namakan
sehingga sakit pada pandangan.


Daulatkan bahasa tanggungjwab kita
seluruh rakyat dan warganegara.


Agar kekal sepanjang zaman
ayuhlah sama-sama kita daulatkan


Ini gurindam bahasa kita
sesudah dibaca bertindak segera.




-As Syrami-
dewan bahasa oktober 2010

Monday, October 18, 2010

LiHatLah DuNia...BuKA mAta panDANG kE lUar sAna...(percubaan kpd permulaan)

Apa yang anda nampak d luar sana??? 

Apa yang anda rasakan bila???

muda-mudi dengan dunianya, manusia berhati binatang yang tidak sudah2 melahirkan dan membuang bayi merata-rata ibarat buah tanpa pohonnya,gejala sosial yang tiada bernoktah semakin menghamburkan lavanya...
jika diikutkan banyak lagi boleh disenaraikan ....tp 'Lu pikirlah sendiri'....maaf.







"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana d darat & d laut dgn apa yg telah dilakukan oleh tgn mnusia (timbulnya yg demikian) krna Allah hndak merasakan mereka sebahagian drpd balasan prbuatan2 buruk yg telah dilakukan spy mereka kmbali insaf dan bertaubat"  ~Ar-Rum (14)~

Nak tau sebab apa semua masalah ini terjadi???

sebab benda ini tak akan berhenti selagi kita (manusia) x yakin dgn adanya HaRI pEmbalasaN...yaumul khiamah.. Tak guna jugak mmberi hukuman yg x mngikut syarak kalau tak ada panduan mengikut hukum2 Allah..Kita manusia yg tak habih2 buat dosa ni yang xtau adanya dosa pahala dah jelas (sudah terang lg bersuluh) tak yakin dgn adanya syurga dan neraka...Mungkin ingt akan terlepas hukuman dunia barangkali tp x sedar sekarang Allah dah bayar tunai...saya tujukan untuk diri sy jugak...sy sedar kita manusia xda yang sempurna..smua pernah melakukan dosa...

Sejujurnya jugak,takut bila dipikir2kan balik dah bertimbun2 dosa ni mintak penyucian....ingatn buat diri sendri jugak,ya allah....takutnya...ampunkanlah dosa2ku ya allah...kenapa begitu liat nak bertaubat...???kita sllu lupakan Dia...padahal xsedar Dia maha mengetahui....ckp ja nak taubat,tp hampehh....malu,hina dan kerdil rasa bila janji x ditepati..bila diri tak dapat mengawal dr hasutan syaitan.... hindarkanlah...
Na'uzubillahi minzalik...tepuk dada tanya iman!!






Ayuh sahabat2 seperjuangan!!! marilah kita sama-sama buat perubahan......marilah kita mengorak langkah lakukan 1 anjakan...saya sayang sahabat semua,saya nak jadi baik tp saya xnak jadi baik sorg2..jomlah kita berganding bahu berpegangan tangan,bersama realisasikan impian..moga dapat keredaan tuhan,beroleh secebis kemanisan iman..bersama2 baiki kelemahan,yang keruh disingkir,yang jernih diambil..yg buruk jadikan sempadan,yg baik jadikan teladan...










Di kala malam keheningan
Tinggal aku keseorangan 
Memintal buih-buih kenangan
juga merenung masa hadapan
Ku layan kesedihan dalam hati
yang menuntut sebuah janji
sudah dipatri tidak ditepati
alangkah hinanya diri...
ya allah ampunkanlah diri ini...


~wanie_salwanie~
~2.06 pagi~









Sunday, August 1, 2010

SUATU KETIKA......




                                                                    DI SINI BERMULA.....


ALMA MATERKU

Madrasati ! Jannati !...di sinilah saya mula mengatur langkah menjadi seorang manusia yang mengenal erti kecekalan,kesusahan, pengorbanan dan kesabaran bagi mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang bersyukur...Walaupun berjauhan dari keluarga tercinta namun itu tak menjadi  penghalang untuk meneruskan perjuangan....Orang selalu kata, "perjuangan harus diteruskan!!"....baik kini saya mulai paham makna kata...
KALA SUKA DUKA


Di sini juga saya mengenali apa itu erti persahabatan walaupun kini sudah terpisah oleh dua benua mengejar ilmu dan cita-cita..

Sesungguhnya teman pengubat duka,pembawa ceria, dan pendengar setia kita....betapa besar jurangnya antara kawan,sahabat dan teman..... Saya bertuah hidup dikelilingi teman yang sangat bererti di kala famili tiada di sisi.....Saya juga yakin anda juga begitu.....Hidup ini indah disamping orang yang menyayangi kita dan tidak lupa juga ALLAH yang selalu ada untuk kita....





                                                   ~Kau Kawan Sahabat dan Teman~








                                  Riangnya saat kita ketawa...
                                  Asyik senda dan bercerita....
                                 Walau sesekali pandangan kita berbeza...
                                 Angannya tetap serupa...
                                Adakalanya kita juga saling terluka..
                                Namun di akhirnya KITA tetap bersama...



TEMAN 

Kerana ilmu kita dipertemukan...

Kerana perkenalan silaturahim terjalin...

Kerana cita-cita perpisahan berlaku.....

Dan kerana PERSAHABATAN ianya berkekalan....



Saya mendoakan semua teman2 saya berjaya di dunia dan akhirat....